Senin, 17 Maret 2014

Gila Extreme Banget! Kecelakaan Mobil Paling Parah




 
sumber

Minggu, 16 Maret 2014

Mulakan Dengan Diri Kita Sendiri

Assalamualaikum...

Nak share satu video yang amat bermakna dan mendalam maksudnya...




Messagenya mudah jer, sesuatu kebaikan tu, kita tak perlu tunggu orang lain buat dulu, baru kita nak buat...
Kenapa perlu kita tangguhkan sesuatu yang baik...
Apa kata kita mulakan aje dulu sesuatu perkara baik tu kalau tak ade orang lain nak mulakan dulu...
Yaaa... mungkin kita rasa segan, atau tak biasa, atau rasa awkward... Tapi, tak apalah, benda baik dapat pahala... Apa orang nak kata, biarlah, mulut manusia siapa boleh kawal kan...

tangan. langit, awan, biru, mulakan, diri, sendiri, ibadah, doa, solat, nasihat

Sebagai contoh :

Kita berada di sebuah pusat beli belah pusat... Sedang kita jalan-jalan, terdengar azan di handphone kita menandakan masuknya waktu solat. Kita pun pergi ke surau yang ada untuk solat. Sudah ada beberapa orang yang datang kesurau tu untuk menunaikan solat. Tapi..... Semuanya solat secara bersendirian... Tak ada pun orang yang berjemaah. Jadi, apa kata kita ngan kawan kita mulakan untuk solat berjemaah. Kita imam, kawan kita makmum atau sebaliknya... Mungkin mula-mula kita 2 orang je yang berjemaah, tapi lama-kelamaan, pasti akan ada orang lain yang join sekali...

Bukankah indah kalau macam tu... Pahala pun banyak dapat sebab solat berjemaah. Mungkin orang lain tak jemaah sebab dia sorang, segan nak ajak orang lain berjemaah. Atau diorang tak reti nak jadi imam, atau diorang tak kisah soalat jemaah ke tak sama je, atau diorang tak biasa solat berjemaah... So, bila kita yang mulakan, kita dah sediakan medium untuk orang solat berjemaah.... :)

Ayuh, mulakan dengan diri kita. Perkara yang baik tak perlu kita malu atau tangguhkan... Kalu bukan kita, siapa lagi yang nak mulakan. Takkan nak harapkan orang lain sentiasa... Kita kan muslim yang hebat...

Wassalam..

Sabtu, 15 Maret 2014

Terapi Unik Mandi pasir

22 Dis 2012
5 Tradisi pengobatan paling aneh sejagat

Mandi pasir adalah teknik pengobatan yang umumnya dilakukan di Mesir. Warga Mesir percaya bahwa perawatan ini dapat menyembuhkan nyeri sendi, disfungsi seksual, dan masih banyak lagi. Tubuh pasien akan dikubur di dalam pasir yang telah dipanaskan selama beberapa saat. Suhu panas itulah yang merasuk ke tubuh dan dipercaya dapat menyembuhkan berbagai macam penyakit.

Jumat, 14 Maret 2014

Remaja 16 Tahun Antara Yang Dicekup Polis



TELUK INTAN – Remaja berusia 16 tahun antara 10 individu dicekup polis dalam serbuan di sebuah rumah, Jalan Pasir Pedamar, awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai aktiviti jenayah di kawasan berkenaan sebelum bergegas ke lokasi kira-kira jam 1.30 pagi kelmarin.

Menurutnya, serbuan diketuai Inspektor Zubir itu berjaya menahan 10 lelaki termasuk remaja berusia 16 tahun yang sedang asyik bersuka ria di dalam kediaman terbabit.

“Ketika serbuan, kesemua suspek berusia lingkungan 16 hingga 30 tahun itu, sedang berkumpul di ruang tamu.

“Selepas menjalankan pemeriksaan lanjut ke atas premis, pihak kami menemui satu peket dadah jenis ganja yang dianggarkan seberat 1.54 gram.

“Dua mengandungi 20 biji pil yang disyaki eramin 5 dengan berat 6.05 gram turut dijumpai di situ,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Kok Liang berkata, kesemua suspek enggan mengakui dadah yang ditemui di lantai rumah berkenaan milik mereka.

Katanya, siasatan lanjut mendapati, semua ditahan tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian air kencing mereka juga didapati negatif dadah.

Kesemua suspek ditahan reman bagi membantu siasatan di bawah Sekseyn 12(2) serta Seksyen 6 Akta Dadah berbahaya 1952. – Sinar Harian

Kamis, 13 Maret 2014

Najib jawab dakwaan presiden Palestin


  • Muammar Kamarudin, Bernama
  • Malaysiakini Jan 24 2013
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata lawatan beliau ke Gaza semalam adalah lawatan kemanusiaan dan bukan mahu campur tangan dalam urusan dalaman Palestin.

Sekaligus lawatan itu mempamerkan sokongan yang cukup kuat daripada rakyat dan kerajaan Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin termasuk di Gaza yang mendapat tekanan hebat daripada keganasan Israel selama lapan hari pada November tahun lepas.

Keganasan yang dilakukan oleh Israel di Gaza amat menyayat hati rakyat Malaysia dan dengan perkembangan terkini yang melibatkan rakyat Malaysia dalam menghulurkan bantuan, Najib berkata adalah amat wajar beliau melawat wilayah Palestin itu bagi menyatakan sokongan terhadap perjuangan mereka.

Najib berkata demikian dalam sidang akhbar di hari terakhir lawatan kerja tiga hari beliau di Mesir yang bermula Isnin lepas sebelum berangkat menghadiri Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland.

Najib juga berkata lawatan semalam memberi peluang kepada beliau menyatakan sokongan kepada Fatah dan Hamas untuk menubuhkan kerajaan perpaduan secepat mungkin.

Kewujudan kerajaan perpaduan antara Fatah dan Hamas penting bagi rakyat Palestin iaitu pra-syarat untuk mereka mendapatkan kejayaan yang diidam-idamkan dalam perjuangan mereka, katanya.

"Saya telah tegaskan kepada (Perdana Menteri Palestin) Ismail Haniyeh dan saya ulangi dengan (Presiden Mesir Mohamed) Morsi dalam pertemuan malam tadi supaya Mesir menjadi broker atau orang tengah," katanya.

Najib berkata Morsi telah menetapkan jadual untuk dua pihak iaitu Fatah dan Hamas untuk meneruskan rundingan sehingga dapat menubuhkan kerajaan perpaduan dalam masa terdekat dan Morsi optimis mengenai rundingan itu.

Ditanya mengenai dakwaan Presiden Palestin Mahmoud Abbas tidak senang hati dengan lawatan beliau, Najib berkata mungkin ada salah faham tetapi beliau telah menjelaskan kepada wakil Fatah bahawa isu terkini Palestin ialah mengenai penderitaan rakyat di Gaza bukannya Tebing Barat.

"Saya tidak dapat lawat Ramallah (Tebing Barat yang dikuasai Fatah) yang ruang udaranya di bawah kawalan Israel dan Israel tidak akan memberikan kebenaran melainkan kita ada hubungan diplomatik dengan Israel,"  katanya.

Najib berkata rancangan asal beliau untuk melawat kedua-duanya, Tebing Barat dan Gaza, tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana sekatan yang sedia ada di Tebing Barat.

Justeru, Najib berkata lawatan beliau ke Gaza jangan disalah tafsir di mana  ia tidak memberikan kelebihan dan kekurangan kepada Hamas mahupun Fatah,  sebaliknya Malaysia menggesa kerajaan perpaduan yang dianggotai Hamas dan Fatah menjadi kenyataan dalam masa terdekat.

Najib juga berkata kerajaan perpaduan di Palestin adalah amat penting supaya keputusan pilihan raya Israel yang berlangsung semalam dikhuatiri akan membentuk kerajaan yang mengamalkan dasar yang lebih keras terhadap Palestin.

Beliau juga berkata isu Palestin amat dekat di hati beliau di mana semasa beliau menjadi Menteri Pelajaran dan Pertahanan beliau sendiri telah menaja dua kanak-kanak Palestin.
- Bernama

Rabu, 12 Maret 2014

Penzina dedah kisah di penjara





DUBAI - Seorang wanita Britain mendedahkan suasana dalam penjara ketika dia menjalani hukuman kerana kesalahan berzina di sini, lapor sebuah akhbar.
Ibu kepada dua anak tersebut, Sally Antia (gambar) mendakwa dia diberi makanan yang mengandungi berenga serta terpaksa berkongsi tandas dengan 100 tahanan wanita yang lain.
Menurut Antia, Dubai terkenal dengan pembangunan hebat namun keadaan penjaranya sangat daif.

Antia dan teman lelakinya, Mark Hawkins, 43, ditahan pada awal pagi 2 Mei lalu selepas mereka keluar dari sebuah hotel lima bintang, Radisson Dubai Deira Creek.
Penahanan Antia, 44, itu dilakukan berikutan suaminya, Vincent, 48, membuat aduan kepada pihak polis.
Warga Britain yang bertugas sebagai juruterbang itu mendakwa isterinya berzina.
Lelaki itu membuat dakwaan tersebut kerana di UAE, dia akan lebih mudah memperoleh hak jagaan terhadap dua anak gadisnya jika isterinya didapati berzina dengan orang lain.
Menurut undang-undang di Emiriyah Arab Bersatu (UAE), wanita yang berzina tidak berhak memperoleh hak jagaan anak.
"Berada di sini (penjara Dubai) seperti berada di kem buruh paksa. Ia merupakan wajah Dubai yang anda tidak lihat. Saya keliru, ketakutan dan rasa seperti diabaikan," kata Antia.
Walaupun keluarga Antia tiba di Dubai kelmarin, wanita itu mendakwa hanya sejumlah kecil pelawat yang melawatnya sejak di penjara awal bulan ini.
"Saya mahu terus berhubungan dengan anak-anak dan itu adalah satu-satunya cara. Dia ialah penghubung saya kepada anak-anak," kata Antia. - Agensi

Selasa, 11 Maret 2014

hot video ustaz idris sulaiman tiada jihad di palestin

Tiada jihad di Palestin?
 

Ustaz Idris Sulaiman mengatakan tiada jihad di palestin,beliau mengatakan rakyat palestin mesti keluar dari bumi palestin dan tindakan memboikot produk yang menyumbang kepada kewangan yahudi adalah perbuatan yang bodoh...


Senin, 10 Maret 2014

18 Foto Dari Google Maps Terbaik

18 Foto Dari Google Maps Terbaik - Google Maps adalah aplikasi buatan Google yang membantu kita melihat bumi/peta dunia ini. Dengan Google Maps kita dapat mengetahui suatu lokasi di bumi ini. Fakta unik mengenai Google Maps adalah Google Maps menemukan objek gambar yang aneh dan tidak lazim di bumi ini. Ini dia 18 Foto Dari Google Maps Terbaik :















Minggu, 09 Maret 2014

Gempar Misteri imej Bigfoot berjalan

...terakam Bigfoot ?




SEEKOR makhluk berbulu berjalan dekat sebatang pokok dekat tapak perkhemahan di Osawatomie, Kansas, Amerika Syarikat baru-baru ini.



OSAWATOMIE, Amerika Syarikat (AS) - Satu rakaman video disiarkan di laman YouTube menunjukkan seekor makhluk berbulu berjalan seperti manusia pada waktu siang, lapor lamanGhost Theory semalam.
Imej itu menunjukkan makhluk itu berjalan di belakang beberapa buah pokok dekat tapak perkhemahan di Osawatomie, Kansas, AS.
Makhluk itu menundukkan kepala semasa ia berjalan di belakang barisan pokok itu.
Tangan saksi yang merakamkan imej itu kemungkinan menggeletar kerana rakaman video tersebut kerap kali bergoyang-goyang.
Rakaman itu dibuat oleh salah seorang anggota satu keluarga yang terdiri daripada bapa, ibu dan anaknya.
Dalam rakaman berkenaan, suara si ibu berasa terkejut melihat makhluk tersebut manakala si anak bertanya apakah yang sedang dilihatnya itu.
Jika dilihat sekali imbas, ia seperti seorang manusia memakai kostum gorila atau Bigfoot.
Namun, kelibat Bigfoot juga pernah dilihat di negeri Kansas sebelum ini.
Imej makhluk berbulu itu disiarkan di laman Youtube sejak 11 Julai lalu. - Agensi

Sila lihat video ini...

Sabtu, 08 Maret 2014

Kemaluan lelaki dilekat dengan gam oleh 3 wanita



ZIEMANN (kiri), Sewell (tengah) dan Belliveau.

CHILTON - Tiga wanita yang berang kerana ditipu bertindak melekatkan kemaluan seorang lelaki, Donessa Davis di atas perutnya dengan menggunakan gam di sebuah motel di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Tindakan itu diketuai oleh isteri Davis iaitu Tracy Hood-Davis yang mengetahui perbuatannya yang meniduri beberapa wanita lain.

Hood-Davis menghubungi tiga wanita iaitu yang pernah tidur bersama suaminya iaitu Therese Ziemann, Wendy Sewell, dan Michelle Belliveau supaya merancang untuk melekatkan kemaluan Davis dengan gam.
Ziemann kemudian menghubungi Davis supaya datang ke sebuah motel di Chilton, Amerika Syarikat (AS) dengan tujuan untuk mengurutnya.
Davis turut membenarkan tubuhnya diikat dan matanya ditutup dengan kain.
Ziemann kemudian membuka pintu motel itu bagi membolehkan Sewell dan Belliveau masuk dan mereka melekatkan kemaluan Davis.
Davis dibebaskan selepas dia menjerit manakala tiga wanita itu melarikan diri dengan mencuri telefon bimbit, dompet dan kereta lelaki itu.
Polis kini sedang mencari isteri lelaki itu yang kini menghilangkan diri selepas merancang perbuatan itu.
Tiga wanita yang melekatkan kemaluan Davis itu dibebaskan dengan ikat jamin selepas mereka ditangkap polis. - Agensi

CLICK HERE ! FOR MORE INFO !


BROWSE 6X FASTER WITH OPERA MINI!

Hate the feeling of wanting to Like your friends FB comment and at the same time, you want to reply your other friends Twitter comment as well?

It is loading oh-too-slow!

Get the legendary Opera Mini with DiGi today! 6x faster Internet browsing so its faster than ever!

SMS "Opera" to 2000 to download and it is FREE now. Dont forget to share them with your friends!

Kamis, 06 Maret 2014

Agih Ganja Kepada Mangsa Banjir



Boulder (Colorado) – Selepas banjir melanda dan meragut 10 nyawa, penduduk di bandar ini berusaha kembali menjalankan kegiatan harian seperti biasa, termasuk menghisap ganja.

Penganjur merancang untuk mengagihkan ganja secara percuma kepada penduduk terbabit.

Meskipun sebahagian besar usaha tertumpu kepada pembinaan semula, pemberian ganja itu adalah sebahagian usaha membantu penduduk yang memang menggunakan dadah berkenaan untuk tujuan rekreasi sebelum ini mengatasi tekanan selepas simpanan ganja mereka musnah dalam banjir.

Ia juga sebagai tanda bantahan terhadap rancangan mengadakan pungutan suara mengenakan cukai jualan ganja yang dirancang diadakan pada November depan.

“Penduduk Boulder menjadi mangsa banjir. Kami merancang membantu meringankan beban mereka,”, termasuk dengan mengagihkan ganja secara percuma kata seorang penganjur rancangan berkenaan, semalam. – Agensi

Rabu, 05 Maret 2014

Kreasi keren dari paku